Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Isnin, 29 Oktober 2012

PERKHIDMATAN ELEKTRIK

PENGENALAN SYARIKAT

CAHAYA AMPANGAN SDN BHD adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 26hb September 1996. Ia adalah sebuah syarikat yang dikendalikan oleh 2 orang pengurus yang berpengalaman dan bertauliah. Syarikat ini mempunyai pemilikan saham 100% bumiputera.
Syarikat ini berkelayakan dalam bidang kerja-kerja elektrikal seperti :-
  1. Kerja-kerja maintenance.
  2. Pendawaian satu fasa dan tiga fasa.
  3. Surface dan conceal wiring.
  4. Trunking dan conduit wiring.
  5. Kerja-kerja menanam kabel.
  6. Kerja-kerja pemasangan lampu jalan serta hiasan.
Syarikat ini berpengalaman membuat kerja-kerja elektrik di syarikat swasta, perumahan dan bangunan kerajaan seperti Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Daerah Jelebu, Klinik Pergigian, Sekolah, Jabatan Kerja Raya dan banyak lagi.
Diharapkan pada masa akan datang syarikat ini diberi kepercayaan, peluang serta sokongan dari mana-mana pihak yang terlibat....
Pada awal tahun ini syarikat telah menganti nama syarikat kepada PERKHIDMATAN CAHAYA AMPANGAN dan menjalankan beberapa perniagaan selain daripada elektrik.

PENGALAMAN KERJA
  1. Membuat dan menyediakan pelbagai jenis pendawaian seperti conduit, trunking, cable tray, ducting, conceal satu fasa dan tiga fasa di bangunan kerajaan, swasta dan rumah persendirian.
  2. Melakukan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan penghawa dingin serta "cooling tower".
  3. Membuat pengujian pendawaian mengikut peraturan I.E.E, membaikpulih kerosakan dan menyelia serta menyiapkan kerja-kerja mengikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga yang telah ditetapkan.
  4. Melakukan kerja-kerja merentang kabel bawah tanah dan membuat penyenggaraan kabel bawah tanah serta kerja-kerja talian atas pada voltan rendah.
  5. Melakukan penyenggaraan berjadual ( preventive maintenance ) di pencawang-pencawang elektrik.
  6. Membuat kerja-kerja senggaraan "stand by genset"

NOTA PENTING :-

* Ingin submit borang untuk kemasukkan meter baru atau meter yang telah lama cabut boleh berurusan dengan kami. Segala urusan daripada urusan borang sehinggalah submit kepada pihak TNB kami boleh membantunya.
* Boleh hubungi saya samada tel,sms atau whatsapp : 011-22009336


Selasa, 23 Oktober 2012

HOMESTAY REMBAU

Assalammualaikum.........................

Kepada anda yang ingin bermalam di Rembau bolehlah membuat tempahan Homestay kami yang selesa dan berpuas hati di alamat seperti berikut :-

No 88, Rumah Rakyat,
Sungai Layang, 71300 Rembau,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Kemudahan yang disediakan :- 
TV, Sofa, Dapur, Pinggan mangkuk, Katil, Peti Ais, Air Cond Dan lain-lain.
Dilengkapi dengan 1 ruang tamu, 2 bilik tidur, Dapur, 3 Bilik Air & 2 Tandas.

Kedudukan yang strategik :-
Berhampiran dengan kedai makan, kedai runcit, stesen minyak, Wet World Pedas, 30 minit ke Seremban, 30 minit ke Tampin

Kadar biasa : RM 200.00 ( Semalam ) - Harga boleh dirunding.

Hubungi segera :-
  1. 012-3335373 ( Pn Dayana )
  2. 013-3881222 ( Haji Abdul Hamid )

Pelan Lokasi Secara Bertulis :-

Homestay kami, jikalau anda dari arah KL, sampai melepasi Wet World Pedas, melepasi Pekan Rembau, jalan terus sehingga jumpa deretan kedai iaitu kedai runcit, kedai makan & Syarikat MYA sebelah kanan. Selepas itu, ada simpang kanan, masuk kanan. Disitulah terletaknya taman perumahan Homestay kami.

Jikalau anda dari arah Johor,Melaka/ Tampin, jalan terus sehingga melepasi Masjid Bongek. Jalan terus jumpa simpang kiri, disitulah terletaknya taman perumahan Homestay kami.

PENGUMUMAN :-

Pada musim cuti sekolah, sekiranya sesiapa yang berminat untuk mendiami Homestay kami sila membuat tempahan lebih awal. Tempahan akan diterima sekiranya anda telah membayar duit pendahuluan sahaja. Sekiranya ada individu lain yang membuat tempahan pada tarikh yang sama kami akan mengambil tempahan siapa yang membayar pendahuluan dahulu.

Sekian, terima kasih.


HARAP MAKLUM :-

Keperihatinan kami terhadap penghuni Home Stay kami, kami baru saya menambah bilik air dan juga tandas untuk keselesaan sesiapa yang ingin menduduki Home Stay kami. Saya akan memuat turunkan gambar terbaru untuk paparan anda. Sekian, Terima Kasih.




Ruang tamu

Bilik tidur 1

Bilik tidur 2

Dapur






Khamis, 18 Oktober 2012

Majlis Yang Sempurna

Assalamualikum...........

Untuk mengadakan sesuatu majlis banyak yang perlu kita fikirkan. Sekecil-kecil majlis hinggalah sebesar-besar majlis semuanya akan memeningkan kepala kepada mereka yang ingin mengadakan majlis. Majlis yang paling pening kepala adalah kenduri kahwin. Semuanya hendak perlu ada. Tugas saya adalah untuk mengurangkan sakitnya kepala anda. Saya ada menyediakan perkhidmatan konopi yang pastinya akan memuaskan hati anda.....InsyaAllah.....
Sekiranya tuan-tuan&puan-puan hendak mencari katering saya juga ada kenalan yang telah lama melibatkan diri di dalam katering dan yang pastinya akan memuaskan hati anda.Jika ada apa-apa masalah atau pertanyaan bolehlah menghubungi nombor telefon yang telah disertakan....

Sekian, terima kasih.....